Siapa tidak kenal dengan Mira Filzah, yang dulunya pernah digosipkan dengan
Syarul Ridzwan dan beliau juga pernah dilabelkan sebagai orang ketiga dalam
hubungan Syarul Ridzwan dan Mia Ahmad. – Mia Ahmad Nafi Hubungan Dengan Syarul
Ridzwan Retak Angkara Mira Filzah!
Sekarang ini drama ‘Cinta Si Wedding Planner’ sedang hangat diperkatakan
oleh orang ramai. Drama yang disiarkan pada pukul 7 malam setiap hari isnin
hingga khamis di TV3 yang menggantikan drama ‘Akulah Balqis’ mendapat banyak
sambutan penonton. Drama ini dilakonkan oleh pelakon utama Adi Putra yang
digandingkan dengan Mira Filzah. Gadis bertudung comel ini sememangnya mempunyai
bakat lakonan yang bagus dan mendapat penerimaan daripada
peminatnya.
Pasti ramai yang tidak tahu pasal Mira Filzah ini. Beliau
yang baru memasuki usia 23 tahun merupakan seorang pelajar jurusan perniagaan
antarabangsa di Universiti Teknologi MARA, Shah Alam. Beliau juga pernah menjadi
pengacara untuk rancangan Qari Junior, Hijabista dan KLTV. Malah beliau juga
seorang blogger.
Malah, dikhabarkan beliau merupakan bekas pelajar
cemerlang SMK Aminuddin Baki dan juga pernah berlakon dalam drama Eksperimen
Cinta dan Dunia Lola.
Sumber: ceritapanas090
0 Response to "Terlajak Hot!! 2 Foto Mira Filzah bertudung kini tersebar...Mak aih cantiknya Mira"
Post a Comment