KUALA LUMPUR - Sirul Azhar Umar, bekas
komando polis telah bersumpah bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak
tidak terlibat mahupun mempunyai kaitan dengan kes pembunuhan wanita Mongolia,
Altantuya Shaariibuu pada tahun 2006, lapor MalaysiaKini.
"Saya mengerti apakah kehendak
sesetengah pihak ini yang berkepentingan bagi menjatuhkan seseorang. Saya tidak
pernah diajar, diasuh untuk memfitnah seseorang.
"Adalah berdosa besar kepada saya jika
saya memfitnah seseorang itu dan saya lafazkan di sini, Wallahi, Yang Amat
Berhormat Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Abdul Razak langsung tidak
ada terlibat, tidak ada kaitan dalam kes ini," katanya dalam rakaman video
pengakuannya itu.
Bagaimanapun, netizen masih tidak
dapat menerima pengakuan Sirul itu dan mendesak bekas komando itu mendedahkan
siapa yang memberikan arahan untuk membunuh wanita Mongolia
berkenaan.
Netizen juga meragui pengakuan Sirul
yang seolah-olah mahu diberikan peluang untuk hidup dan kembali ke Malaysia
tanpa menjalani hukuman gantung. - THEHYPEMEDIA.COM
0 Response to "(Video) 'Najib Tidak Terlibat Dalam Kes Pembunuhan Altantuya' - Sirul Azhar"
Post a Comment