Gambar Foto Perkahwinan Diana Amir Dan Mohd Habibbullah pada 25 Oktober 2013

Nurdiyana Amir Hashim atau Diana Amir dan pasangannya Mohd Habib Bullah A Rahman sah bergelar suami isteri dalam sebuah majlis pernikahan yang diadakan di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya pada Jumaat malam.

Pasangan ini dinikahkan oleh Imam Besar Masjid, Hazaruddin Baharuddin dan lafaz nikah hanya dilakukan satu kali sahaja.

Mohd Habibbullah A Rahman
Pada majlis itu Diana Amir turut menerima mas kahwin sebanyak RM1,000, senaskhah Al-Quran dan cincin.

Pengantin perempuan manis mengenakan busana merah jambu dan putih manakala Habib pula tampan dengan baju Melayu putih tajaan khas pereka terkenal, Ezuwan Ismail.

Diana Amir mengukir senyuman di hari pernikahannya

Majlis pernikahan kedua-dua mempelai dihadiri kira-kira 300 orang jemputan yang terdiri daripada kaum keluarga rapat pengantin, rakan artis dan wakil media.

Turut kelihatan adalah Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Metrowealth International Group (MIG), David Teo dan beberapa rakan artis seperti Irma Hasmie, Heliza, Adam Corrie, Anita Baharom dan Yatt Hamzah.

Diana Amir berusia 27 tahun manakala Mohd Habibbullah A Rahman 26 tahun.

0 Response to "Gambar Foto Perkahwinan Diana Amir Dan Mohd Habibbullah pada 25 Oktober 2013"

Post a Comment