Tahniah! Akhirnya Teka Teki Hubungan Fizz fairuz Dan Almy Nadia Terjawab



Akhirnya setelah berteka-teki dan berdiam diri, Fizz Fairuz telah mengumumkan akan menikahi Almy Nadia pada 30 Mei ini. Majlis pernikahan akan diadakan di kampung halaman Almy di Pulau Pinang. Wang hantaran sebanyak RM20,000 akan dihantar oleh Fizz kepada Almy.

Sehari selepas pernikahan, majlis resepsi akan terus diadakan. Kata Fizz Fairuz kepada Mstar Online:-

Saya akan bernikah pada 30 Mei yang jatuh pada hari Jumaat di Pulau Pinang, sementara majlis resepsi akan berlangsung pada keesokannya di Hotel Vistana, Pulau Pinang.

Persiapan sudah dilakukan sebanyak 70 peratus dan ia akan berlangsung dalam keadaan sederhana. Kami memilih tarikh 30 Mei kerana cuti sekolah dan mudah untuk saudara-mara datang ke Pulau Pinang nanti.

Majlis resepsi di Raub Pahang akan dilakukan pada Jun, sementara majlis di Kuala Lumpur masih dalam perancangan


0 Response to "Tahniah! Akhirnya Teka Teki Hubungan Fizz fairuz Dan Almy Nadia Terjawab"

Post a Comment