Intipati Bajet 2014 Bonus Penjawat Awam Setengah Bulan Gaji



Antara yang terkandung dalam intipati belanjawan 2014 memaklumkan bahawa, kira-kira 1.4 juta penjawat awam akan menerima bonus setengah bulan gaji atau minimun RM500, demikian diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Selain itu, bagi meringankan lagi beban golongan pesara, kerajaan juga akan memberi Bayaran Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM250.


Bayaran bonus dan bantuan khas kewangan ini akan dibayar pada awal Januari 2014.

Pada Ogos lepas, sebagai persiapan Hari Raya, Bayaran Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM500 dan RM250, masing-masing telah dibayar kepada penjawat awam dan pesara.

Bayaran bantuan khas kepada penjawat awam itu adalah untuk Gred 1 hingga Gred 54.

0 Response to "Intipati Bajet 2014 Bonus Penjawat Awam Setengah Bulan Gaji"

Post a Comment