[Kajian] Melihat Gambar Instagram Boleh Bantu Anda Kurangkan Berat

Bagaimana Melihat Gambar Instagram Boleh Bantu Anda Kurangkan Berat



Kajian: Terlalu banyak gambar makanan dilihat, ia boleh membuatkan aktiviti makan kurang menyeronokkan (mengurangkan selera makan anda).

Satu kajian dari US mendedahkan cara agak menghairankan, media sosial seperti Instagram dan Pinterest boleh merosakkan makan anda, melihat terlalu banyak gambar makanan boleh membuat makan kurang menyeronokkan.

Penyelidik dari Universiti Brigham Young di Utah Amerika Syarikat, mendakwa bahawa obsesi seseorang dengan menghantar makanan pada Pinterest atau Instagram boleh merosakkan selera makan anda "dengan membuat anda merasa seperti anda telah merasai makan makanan itu", terang penyelidik.

"Dalam erti kata lain, anda menjadi bosan dengan rasa makanan itu tanpa memakannnay lagi, "kata pengarang bersama kajian tersebut dan profesor pemasaran Ryan Elder. "Ia kebosanan deria, anda akan rasa seperti membiarkan ia berlalu, dan tidak lagi mahu merasa makan makakan itu lagi".





Maknanya kalau kita bnayk melihat sesuatu gambar itu berulang-ulang kali, maka selera kita untuk makan makakan itu mungkin menurun. Mereka telah membuktikan kajian mereka dengan beberapa siri ujikaji dan pengambilan sampel.

Mereka juga menambah, ini bagus bagi mereka yang mempunyai masaalah pemakanan, seperti makan secara berlebihan.

kajian mereka telah diterbitkan di Journal of Consumer Psychology. Boleh diakses di sini [LINK].


sumber - thestar

0 Response to "[Kajian] Melihat Gambar Instagram Boleh Bantu Anda Kurangkan Berat"

Post a Comment