Konsert Shah Rukh Khan & Friends Live In Malaysia Ditangguhkan



Hasrat untuk menyaksikan konsert hebat Datuk Shahrukh Khan bersama Rani Mukherjee dan Madhuri Dixit pada 11 Oktober ini nampaknya tidak menjadi kenyataan apabila konsert 'Temptation Reloaded Datuk Shah Rukh Khan & Friends Live in Malaysia' ditangguhkan ke satu tarikh yang akan diumumkan kelak.

Menerusi kenyataan akhbar yang dikeluarkan, tarikh lawatan Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama ke Malaysia yang dikatakan terlalu dekat dengan tarikh konsert ini dikhuatiri akan menimbulkan isu logistik seperti isu keselamatan dan sebagainya.

Difahamkan, pihak penganjur menjangkakan konsert ini akan dapat direalisasikan pada awal tahun 2014. 

Bagi yang ingin mendapatkan semula wang mereka, boleh mengisi borang yang disediakan di kaunter Rock Corner atau layari laman web http://www.vip.my/refund/ bermula dari 12 Oktober 2013. Namun pihak pengurusan menjanjikan pakej eksklusif khas untuk mereka yang setia menanti dan tetap mahu menghadiri konsert SRK yang bakal diadakan nanti.

Untuk sebarang maklumat lanjut mengenai pengembalian wang tiket, anda boleh emel kepada temptation@vip.my atau hubungi talian hotline +60123114601 yang beroperasi setiap hari dari jam 10 pagi hingga 5 petang.

Related Posts :

0 Response to "Konsert Shah Rukh Khan & Friends Live In Malaysia Ditangguhkan"

Post a Comment