Laman WhatsApp, AVG dan Beberapa Web Popular Lain DiHack Oleh Hacker Palestine




Sekumpulan penggodam Pro-Palestin yang mungkin di sokong oleh kumpulan Hacker terkenal Anonymous telah mendakwa berjaya menggodam pelbagai laman web termasuk WhatsApp, AVG dan Alexa.

Dalam masa 24 jam yang lalu kumpulan yang menggelarkan diri mereka sebagai Team Kdms telah mendakwa bertanggungjawab menggodam enam laman web yang berbeza, termasuk daripada laman web pengendali permesejan terkenal WhatsApp dan pembekal antivirus percuma terkenal AVG.

Kumpulan itu yang jelas selari dengan Anonymous dann mesej yang dipaparkan di laman web yang mereka ceroboh menunjukkan mesej jelas dan membuka mata ke atas isu-siu yang berkaitan dengan Palestine.

Laman web lain yang terjejas termasuk yang dimiliki oleh firma keselamatan Avira, syarikat penganalisis laman web terkenal Alexa, laman web lucah Redtube dan hosting Leaseweb.

Beberapa pakar keselamatan telah menemui bahawa semua laman yang diceroboh telah berkongsi pendaftar domain yang sama iaitu Network Solutions. Network Solutions belum dapat dihubungi untuk mengemukakan apa-apa komen berkenaan hal ini.




Mesej yang sama ( di atas) telah dipaparkan di Laman Web AVG dan WhatsApp, di bawah tajuk: "You Got Pwned" Mesej dari kumpulan pro -Palestin itu, berbunyi:

"We want to tell you that there is a land called Palestine on the earth. This land has been stolen by Zionist. Palestinian people has the right to live in peace. Deserve to liberate their land and release all prisoners from Israeli jails. We want peace. Long live Palestine"

Kumpulan itu juga melatakkan klip YouTube lagu patriotik kebangsaan Palestine.

UPDATE : Dikhabarkan tiada sebarang data yang dicuri dari laman web yang diceroboh, dan sehingga kini kesemua laman web itu telah kembali beroperasi seperti biasa.

0 Response to "Laman WhatsApp, AVG dan Beberapa Web Popular Lain DiHack Oleh Hacker Palestine"

Post a Comment