
Umum sedia maklum, punca utama pasangan pelakon Aeril Zafrel dan Wawa Zainal merahsiakan pernikahan mereka adalah disebabkan terikat dengan syarat kontrak bersama MIG Pictures Sdn Bhd yang didakwa melarangnya artis dibawah naungan daripada berkahwin.
Perkara ini turut mendapat perhatian daripada Persatuan Seniman Malaysia (SENIMAN) yang dilaporkan menggesa syarikat produksi tempatan memansuhkan syarat melarang artis naungan berkahwin kerana ia mencabuli hak asasi manusia.
SENIMAN anggap kontrak bersyarat terhadap artis naungan syarikat produksi langgar hak asasi manusia, mahu kemuka aduan kepada SUHAKAM
Menurut laporan BH online dalam sisipan ruangan HIP pada Khamis, Presidennya, Zed Zaidi menyifatkan syarat melarang artis bercinta dan berkahwin sepanjang tempoh kontrak dimeterai perlu dipandang serius kerana ia membabitkan hak individu.
Tambah Zed Zaidi lagi, disebabkan kontrak seperti itulah membuatkan isu pasangan pelakon Aeril Zafrel dan Wawa Zainal timbul. Soal kontrak itu jugalah membuatkan mereka takut untuk bercinta hingga merahsiakan perkara yang baik bagi mengelak kemungkaran.
Zed mengulas kontroversi tercetus membabitkan Aeril dan Wawa yang merahsiakan perkahwinan mereka berikutan Wawa terikat dengan kontraknya bersama MIG Pictures Sdn Bhd yang didakwa melarangnya daripada berkahwin.

Sebagai persatuan yang menjaga kepentingan artis tempatan, isu kontrak melarang artis naungan berkahwin akan dikemukakan kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM) jika melanggar Akta Kontrak 1950 di bawah Seksyen 27, ujarnya lagi.
0 Response to "Mansuh Akta Kahwin! Tempias Isu Pernikahan Aeril Zafrel Dan Wawa Zainal"
Post a Comment