Ringkasan Intipati Bajet 2014 Kandungan Belanjawan

Ringkasan intipati kandungan Bajet 2014 belanjawan Malaysia


Secara keseluruhannya Bajet 2014 menyaksikan peningkatan kira-kira RM31 billion berbanding bajet tahun lalu iaitu sebanyak RM232.8 bilion dengan RM201.9 bilion untuk perbelanjaan mengurus dan RM49.7 bilion bagi perbelanjaan pembangunan.





Ia bertemakan “Memperteguh Ketahanan Ekonomi, Memperkasa Transformasi dan Melaksana Janji”, Bajet 2014 merupakan bajet pertama selepas kerajaan Barisan Nasional (BN) sekali lagi diberi mandat dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 lalu.

Bajet 2014 yang menggariskan lima teras utama itu juga merupakan bajet kelima yang direncana Najib selaku Menteri Kewangan sejak 2009.

Klik pautan (link) http://www.treasury.gov.my/data/ucapan/ub14.pdf untuk membaca atau muat turun (download) teks penuh ucapan bajet tahun 2014 oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.



Intipati Bajet 2014 Ringkasan Dan Rumusan

Kadar BR1M Dinaikkan

Pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) kepada isi rumah berpendapatan bulanan RM3,000 dan ke bawah akan dinaikkan daripada RM500 kepada RM650

Individu bujang berumur 21 tahun dan ke atas yang berpendapatan tidak melebihi RM2,000 sebulan, nilai bantuan akan dinaikkan daripada RM250 kepada RM300

BR1M 3.0 diperluaskan kepada isi rumah yang berpendapatan bulanan antara RM3,000 hingga RM4,000 dengan nilai bantuan sebanyak RM450

Subsidi Gula Dimansuhkan

Subsidi gula sebanyak 34 sen akan dimansuhkan mulai 26 Oktober 2013. Ini bertujuan sebagai langkah kerajaan untuk mengurangkan masalah kesihatan terutamanya diabetes dan kencing manis

Harga gula akan naik RM2.84 sen sekilogram mulai 26 Oktober 2013

Saya menyeru agar kita bersama-sama jaga kesihatan, kurangkan manis dalam makanan dan minuman. Tambahkan manis dalam senyuman, kata Najib
Kakitangan Awam Terima Bonus Setengah Bulan Gaji, Minimum RM500,persara RM250

Kerajaan mengumumkan bonus setengah bulan gaji, minimum RM500

Pesara, kerajaan juga akan memberi Bayaran Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM250

Akan dibayar pada awal Januari 2014
Bantuan Persekolahan RM100 Diteruskan

Bantuan persekolahan RM100 kepada pelajar sekolah rendah dan menengah tetap diteruskan

Kadar Baucar Buku Dinaikkan

Baucar Buku Dinaikkan daripada RM 250 kepada RM300 kepada semua pelajar Institut Pengajian Tinggi di Malaysia

Kelajuan Internet Dinaik Taraf

Kerajaan akan melaksana fasa kedua projek Jalur Lebar Kelajuan Tinggi (HSBB) dengan usaha sama sektor swasta melibatkan pelaburan RM1.8 bilion bagi meluaskan liputan ke bandar-bandar utama. Kelajuan Internet akan ditambah kepada 10 Mbp

Rangkaian HSBB akan diperluas ke kawasan pinggir bandar pada kos RM1.6 bilion, dengan capaian Internet ditambah kepada antara empat dan 10 Mb

Program Perumahan Rakyat

223,000 unit rumah pada harga berpatutan

Rumah harga berpatutan akan dibina menerusi Program Perumahan Rakyat (PPR) dengan peruntukan berjumlah RM578 juta. PPR ialah program kerajaan untuk penempatan semula setinggan dan memenuhi keperluan tempat kediaman bagi golongan berpendapatan rendah. Rumah-rumah PPR dijual pada paras harga antara RM30,000 dan RM35,000 seunit di Semenanjung Malaysia dan RM40,500 seunit untuk Sabah serta Sarawak

80,000 unit rumah akan dibina menerusi program Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) dengan peruntukan RM1 bilion dan setiap unit rumah dijual 20 peratus lebih rendah daripada harga pasaran

Kadar GST lebih rendah

Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) akan dilaksanakan mulai 1 April 2015 pada kadar enam peratus, lebih rendah daripada kadar cukai-cukai sedia ada

Bantuan yuran taska RM250 sebulan

Ibu bapa berpendapatan bulanan tidak melebihi RM900 yang menghantar anak-anak ke taska swasta yang berdaftar di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) akan menerima bantuan yuran taska sebanyak RM250 sebulan

Penbangunan Sukan RM239 juta

Kerajaan memperuntukkan sebanyak RM239 juta dalam Bajet 2014 bagi meneruskan kecemerlangan sukan yang merangkumi menaik taraf kompleks dan gelanggang sukan di negara ini

Program Pertanian

Kerajaan memperuntukkan sebanyak RM6 bilion untuk pelaksanaan program pertanian yang mempunyai nilai tambah tinggi dan berdaya komersil

  Klik untuk saiz yang lebih besar.



0 Response to "Ringkasan Intipati Bajet 2014 Kandungan Belanjawan"

Post a Comment