Nokia adalah salah satu syarikat pertama yang menggabungkan pengecasan tanpa wayar ke dalam telefon mereka dan kini ia seolah-olah bahawa syarikat dari Finland itu sekali lagi merentasi sempadan dalam teknologi dengan usaha terbaru ini.

Nokia bekerjasama dengan Universiti Southampton untuk memanfaatkan kilat dan menggunakannya untuk mengecas telefon anda. Penyelidikan, kerjasama antara ahli-ahli sains di Universiti Southampton dan Nokia , sedang memanfaatkan kilat sebagai sumber kuasa semulajadi yang boleh digunakan untuk mengecas telefon anda.
Bunyi seperti mustahil bukan? Nah, saintis mereka telah berjaya melakukannya!
Dalam usaha untuk mewujudkan "bolt kilat" untuk ujian mereka, pasukan pertama menjana arus melalui pengubah arus (transformer). Kemudiannya mereka menyalurkan arus antara jurang yang amat sedikit (di bawah satu inci tebal), melonjak 200,000 volt bersamaan kekuatan purata kilat semulajadi ke dalam bentuk bolt elektrik. Isyarat itu kemudian dipindahkan ke satu lagi pengubah kawalan , di mana ia dapat mengecas bateri telefon Nokia Lumia 925. Video dibawah :
Chris Weber, naib presiden bahagian jualan dan pemasaran Nokia, berkata :
"Sebagai salah satu syarikat pertama memperkenalkan wayarles charging ke dalam produk kami, kami percaya bahawa eksperimen ini mempunyai potensi untuk memulakan idea-idea baru bagaimana kita caj telefon kami pada masa akan datang."
via : mashable
0 Response to "[Video] Nokia Lumia 925 Dicas Menggunakan Arus Kilat Dan Berjaya"
Post a Comment