Maharaja Lawak Mega 2013 (Baru) Dan Senarai Peserta



Maharaja Lawak Mega 2013: Penyelamat Lawak

Maharaja Lawak Mega 2013 (Baru) dan senarai peserta.

Program realiti Maharaja Lawak Mega (MLM 2013) akan mula bersiaran secara langsung bermula 15 November 2013, pada setiap Jumaat di saluran Astro Warna (132) dan Mustika HD (134).

Menariknya, ML Mega 2013 ini masih mengekalkan format lama malah turut menampilkan peserta dari negara jiran iaitu Singapura dan Indonesia.

Berikut adalah senarai 13 peserta yang layak secara automatik dan akan beraksi di gelanggang MLM.

Peserta MLM 2013Jambu, Boboi, Shiro, Saywho, Wala, Comey, Nabil, Osama, Tulang, Bocey, Sepahtu, Kucai dan SYJ.

Sementara itu, terdapat 12 peserta lain antaranya Shake, Glory, Santan, Hai, Mamu, Zero, Pajak, Gadai, Kecik, 2Yol, Gerak dan Keross.

Peserta ini akan melalui satu ujian di Kerusi Panas MLM bagi menentukan siapakah tiga peserta layak yang akan bertanding ke program tersebut.

Keputusan pemilihan tiga peserta itu akan disiarkan pada 8 November 2013 pada pukul 10 malam di saluran Astro Warna.

Terdapat empat juri tetap iaitu dua daripadanya dari Malaysia manakala selebihnya dari Indonesia dan Singapura.

Sistem penghakiman masih dikekalkan dengan format 70 peratus daripada juri tetap dan 30 peratus daripada undian penonton.

Juara MLM 2013 bakal menerima hadiah wang tunai sebanyak RM500,000 manakala tempat kedua dan ketiga akan membawa pulang hadiah RM250,000 dan RM150,000.


0 Response to "Maharaja Lawak Mega 2013 (Baru) Dan Senarai Peserta"

Post a Comment