Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua. Adam Davin atau nama sebenarnya Davinder Singh telah pun ditangkap polis pada petang Isnin lalu. Sebelum ini nama Adam Davin telah dibabitkan dengan kes penipuan terhadap Raja Azmi. Antara mangsa lain ialah Anzalna Nasir, Betty Rahmad, dan Hanez Suraya. Jumlah kerugian mencecah puluhan ribu ringgit.
Menerusi Harian Metro hari ini, salah satu modus operandi pelakon berusia 25 tahun ini telah pun didedahkan. Antara teknik penipuan yang dilakukan ialah menjual “smartphone” dengan harga yang lebih rendah berbanding pasaran. Setelah duit dimasukkan ke dalam akaunnya, Adam Davin akan terus menghilangkan diri atau tidak membalas mesej yang dihantaar kepadanya.
Salah seorang mangsa penipuan, Raja Azmi melahirkan rasa lega atas penangkapan ini. Kata Raja Azmi kepada Mstar Online :
Alhamdulillah, saya rasa sangat lega akhirnya lelaki ini ditangkap kerana penipuan yang dilakukannya bukan sahaja pada saya, malah kepada ramai orang lain juga. Ia akan menjadi pengajaran kepada orang ramai juga agar mereka tidak mudah diperdaya dengan janji manis dan kata-kata individu yang baru dikenali.
Saya sangat serik dengan peristiwa tersebut sehinggakan saya sukar untuk percaya dengan kata-kata orang yang baru saya kenali. Pada saya dia seorang yang mempunyai kelebihan untuk memukau orang melalui kata-kata, namun dia telah menyalahgunakan kelebihan tersebut ke jalan yang salah.
Semoga dengan penangkapan ini tiada lagi kes penipuan akan berlaku. Diharap semua pihak di luar sana berhati-hati. Dunia sekarang memang macam-macam jenis penipuan ada. Yang penting jangan mudah percaya dengan orang yang baru dikenali. Siasat dulu latar belakang sebelum membuat apa-apa transaksi.
0 Response to "Adam Davin Si Penipu Ditangkap Polis, Raja Azmi Lega"
Post a Comment