Sudah lama kita mendengar hubungan pelakon Fizz Fairuz dan Almy Nadia. Dalam temubual bersama media Fizz Fairuz mendedahkan yang beliau dan Almy Nadia bakal bernikah pada 30 Mei 2014 ini dan mengadakan resepsi perkahwinan keesokan harinya di Pulau Pinang.
Fizz Fairuz juga mengatakan yang mereka sudah bertunang pada bulan Oktober yang lalu dan kini sedang giat membuat persiapan perkahwinan. Pelakon Nur Kasih itu bakal memberi wang hantaran berjumlah RM20,000 dan sudah menetapkan destinasi berbulan madu iaitu Maldives.
Almy pula akui terkejut dengan pengumuman Fizz, dan beliau memberitahu bukan terkejut kerana tidak mengetahui yang mereka bakal berkahwin, tetapi terkejut kerana pengumuman yang dibuat oleh Fizz Fairuz kepada pihak media secara tiba tiba dan terlalu awal dari apa yang mereka berdua rancang.
“Terkejut juga bila Fizz cakap dia sudah dedahkan (berita perkahwinan) kepada media tadi (semalam). Asalnya kita rancang hendak dedahkan mungkin pada Mac atau April nanti. Sebab macam terlalu awal juga sebenarnya”
“Patutnya simpan (rahsiakan) lagi, tetapi mungkin dia sudah bosan asyik diajukan pertanyaan kahwin, jadi dia dedahkan juga,” ujar Almy Nadia kepada Harian Metro.
Menerusi portal GUA hari ini, Almy Nadia berkata yang beliau mengharapkan semua yang dirancang akan berjalan lancar namun tidak menolak masih mempunyai fobia untuk berkahwin selepas apa yang terjadi sebelum ini.
“Perasaan saya gembira, takut dan teruja. Semuanya bercampur baur kerana pelbagai benda telah melanda hubungan kami untuk sampai ke tahap ini. Perkara yang telah terjadi membuatkan saya menjadi fobia,” ujarnya.
Sumber : sensasimalaysia.com

0 Response to "Almy Nadia Akui Terkejut Bila Fizz Fairuz Umum Tarikh Nikah"
Post a Comment