Penyanyi dan penulis lagu Vince Chong mengesahkan sudah bergelar suami kepada tunangnya Fiona Edward dalam satu upacara ringkas pendaftaran perkahwinan mereka di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Putrajaya, Sabtu lalu.
Vince, 35, berkata, alam perkahwinan yang baru dijalani hampir seminggu itu adalah satu tanggungjawab yang perlu digalas sebaik mungkin dengan sokongan Fiona, 32.
“Apa yang saya boleh kongsikan ia (perkahwinan) adalah komitmen yang membuatkan saya rasa seronok dan hebat. Bab baru dalam kehidupan saya kini bermula.
“Ia adalah sesuatu yang saya nanti-nantikan dan gembira melaluinya dengan insan pilihan hati. Kami melangkah ke fasa lebih matang dan melengkapi satu sama lain,” katanya ketika dihubungi, semalam. Juara Akademi Fantasia musim pertama itu mendaftarkan perkahwinannya dengan disaksikan ahli keluarga kedua-dua belah pihak.
“Ia adalah sesuatu yang saya nanti-nantikan dan gembira melaluinya dengan insan pilihan hati. Kami melangkah ke fasa lebih matang dan melengkapi satu sama lain,” katanya ketika dihubungi, semalam. Juara Akademi Fantasia musim pertama itu mendaftarkan perkahwinannya dengan disaksikan ahli keluarga kedua-dua belah pihak.
Susulan itu, Vince dan isterinya turut merakamkan gambar pra-perkahwinannya di sekitar Pusat Pentadbiran Persekutuan itu.
Pasangan itu mengikat tali pertunangan bersempena ulang tahun kelahiran Vince ke-34, September tahun lalu selepas tiga tahun menjalin hubungan.
Sebelum ini, timbul salah faham apabila Vince didakwa bakal melangsungkan perkahwinan pada 12 Januari lalu.
Bagaimanapun, menerusi laporan Harian Metro pada 24 Disember tahun lalu, Vince menyangkal dakwaan itu dan mengesahkan perkahwinannya akan berlangsung pada 8 Mac depan.
Vince berkata, upacara rasmi perkahwinan akan berlangsung secara tertutup dan dihadiri keluarga dan kenalan rapat saja.
“Majlis rasmi pada 8 Mac nanti kita buat secara tertutup dan khusus untuk keluarga dan kenalan rapat saja.
“Lokasi juga kami terpaksa rahsiakan sebab upacara itu tertutup dan tak ada jemputan untuk media,” katanya.
Sumber : HarianMetro
0 Response to "[ARTIS] Vince AF1 Sahkan Dah Kahwin?"
Post a Comment