BARRACK OBAMA KANTOI SKANDAL DENGAN BEYONCE

 

 

PARIS - Terdapat beberapa laporan yang tersebar di internet yang mendakwa Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama mempunyai hubungan sulit dengan penyanyi popular, Beyonce, lapor portal berita metro.co.uk semalam.

Dakwaan tersebut tercetus selepas seorang paparazi dari Perancis, Pascal Rostain memberitahu sebuah stesen radio Europe 1 baru-baru ini, Obama dan Beyonce mempunyai hubungan sulit.

Rostain juga mendakwa akhbar Washington Post di AS turut merancang untuk mengeluarkan berita yang sama.

Beberapa akhbar di Perancis kemudian menyiarkan semula dakwaan tersebut sebelum ia tersebar di internet.

"Ada sesuatu yang besar sedang berlaku dan ia akan disiarkan di Washington Post.

"Mereka (para editor akhbar itu) akan menyiarkan berita berhubung hubungan sulit antara Obama dan Beyonce. Saya yakin ia akan menjadi bualan di seluruh dunia,'' katanya.

Rostain merupakan rakan kepada bekas Wanita Pertama Perancis, Valerie Trierweiler.

Trierweiler dijadualkan menerbitkan sebuah buku memoirnya minggu ini.

Dakwaan itu timbul ketika Presiden Perancis, François Hollande yang juga mempunyai hubungan sulit dengan seorang aktres dijadualkan menemui Obama di AS.

Jay Z dan Beyonce pernah berkawan dengan keluarga Obama sejak beberapa tahun lalu.

Beyonce pernah membuat persembahan pada majlis ulang tahun kelahiran ke-50 isteri Obama, baru-baru ini.

Seorang jurucakap Beyonce memberitahu, dakwaan hubungan sulit tersebut adalah tidak benar dan mengarut.

Pada minggu lalu, bekas Presiden AS, Bill Clinton juga didakwa mempunyai hubungan sulit dengan aktres popular, Elizabeth Hurley.

Bagaimanapun, bekas kekasih Hurley, Tom Sizemore yang membuat dakwaan tersebut mengaku dia hanya mengada-adakan cerita tersebut. - Agensi

0 Response to "BARRACK OBAMA KANTOI SKANDAL DENGAN BEYONCE"

Post a Comment