Jika ada yang teringin melihat atau menasihati Zizan Razak dan kekasihnya Emma Maembong cepat kahwin, nampaknya hajat mereka tidak akan kesampaian. Ini kerana, Zizan yang sebelum ini dilanda pelbagai gosip liar, tidak mahu kahwin terburu-buru.
Menurut Zizan, dia hanya akan kahwin dalam tempoh setahun demi kerjayanya sebelum membuat apa-apa keputusan.
Menurut Zizan, dia hanya akan kahwin dalam tempoh setahun demi kerjayanya sebelum membuat apa-apa keputusan.
"Saya masih berfikir jauh untuk berkahwin, takut kalau cakap tidak jadi pula, kalau ada rezeki Insya-Allah saya akan beritahu.
"Buat masa ini saya ingin lihat perjalanan kerjaya kami selama setahun ini terlebih dahulu, lagi pula kedua-dua pihak belum lagi menetapkan sebarang tarikh untuk adakan apa-apa majlis sepanjang tahun ini," katanya kepada media ketika ditemui di lokasi filem Cicakman 3.
Selanjutnya, mengenai gosip kononnya dia dan Emma bersekedudukan, Zizan menganggap ia sebagai cabaran besar seorang selebriti.
"Saya reda sahaja jika itu cara mereka untuk cari rezeki dan saya hanya jawab dengan tenang.
"Saya juga tidak mahu tuduh sesiapa yang buat fitnah itu, namun saya bimbang apa yang saya cakap akan menimbulkan provokasi atau disalah tafsir," ujar Zizan dipetik sebagai berkata.
0 Response to "Beri Kami Tempoh Setahun Sebelum Kahwin - Zizan"
Post a Comment