Betul Ke Fizo Omar Larang Isterinya Berlakon Cukup Sekadar Hos

type='html'>
Pelakon Fizo Omar mengakui memberi galakan kepada isterinya Mawar Abdul Karim, 25, untuk menceburi bidang penyiaran sebagai seorang pengacara.

fizo omar dan mawar, Fizo Omar larang isteri berlakon cukup jadi pengacara, gossip, hiburan, artis, info, gossip

Fizo atau nama sebenarnya Wan Hafizol Wan Omar, 29, berkata, penglibatan tersebut secara tidak langsung dapat membantu mempromosikan lagi perniagaan tudung milik isterinya iaitu jenama Fareeda.



“Kami ditawarkan jadi pengacara selepas berkahwin untuk sebuah program kesihatan berjudul Cergas Jelita di RTM yang akan bersiaran tidak lama lagi.

“Saya menggalakkan dia menceburi bidang ini kerana ia satu bonus untuk dia mempromosikan perniagaan tudungnya. Dia juga ada mendapat beberapa tawaran pengacara di sebuah stesen televisyen,” katanya kepada mStar Online.

Tambah Fizo, Mawar juga ada mengambil kelas untuk mempelajari bidang pengacaraan secara profesional.

Bagaimanapun, Fizo berkata, dia tidak membenarkan isterinya itu menceburi bidang lakonan.

“Kalau jadi pengacara sahaja saya galakkan kerana ada kepentingan tetapi berlakon mungkin tidak.

“Mawar sendiri sibuk dengan perniagaannya dan tidak mempunyai masa untuk berlakon. Dia setuju untuk jadi pengacara pun kerana dipujuk,” katanya.

Sementara itu, mengulas tentang kehidupan berumah tangga, Fizo berkata sejak bergelar suami hidupnya lebih bahagia dan terurus.

Namun, pasangan ini mengakui masih lagi menunggu rezeki untuk mendapatkan cahaya mata.

“Alhamdulillah, rezeki selepas berkahwin perniagaan kami semakin berkembang dan Hot Burger saya sudah bertambah cawangan, begitu juga tudung Fareeda.

“Cuma buat masa ini belum lagi ada rezeki untuk menambah ahli keluarga baru sahaja,” ujarnya.

Fizo berkahwin dengan anak kepada pengasas tudung jenama Fareeda itu pada 10 November tahun lalu.


Sumber : Mstar.com.my

0 Response to "Betul Ke Fizo Omar Larang Isterinya Berlakon Cukup Sekadar Hos"

Post a Comment