EMAS 8 TAN TERSEMBUNYI DI TASIK IZABAL

Harta karun suku maya ditemui?




Tasik Izabal

Kita selalu takjub dengan cerita dongeng memburu harta karun seperti yang digambarkan dalam filem Indiana Jones atau National Treasure. Tetapi bagi Joachim Rittsteig, dongeng yang sebenarnya baru akan dimulakan kerana dia mendakwa telah berjaya menemui sebuah petunjuk yang mengarah kepada lokasi harta karun suku Maya. Dia menemui petunjuk itu di dalam Dresden Codex yang telah berusia ratusan


 


tahun.
Perlu dicatat bahawa Joachim bukanlah seorang yang suka berangan-anagn kerana terlalu banyak menonton filem dongeng. Beliau adalah seorang profesor Emeritus di Universiti Dresden yang telah mempelajari kebudayaan suku Maya selama 40 tahun. Beliau juga pakar bahasa suku Maya dan salah satu objek kajiannya adalah Dresden Codex yang berisi catatan-catatan mengenai kebudayaan suku Maya.
Joachim percaya pada Codex itu tersembunyi harta karun berupa emas tulen seberat 8 tan. Bukan itu saja, Joachim mendakwa mengetahui lokasi persembunyian harta tersebut, iaitu di dasar Tasik Izabal.
Dresden Codex atau Codex Dresdensis sendiri adalah satu dari empat dokumen utama yang masih tertinggal dari kebudayaan Maya. Dokumen ini pertama kali ditulis oleh para pendeta suku Maya pada tahun 1250 Masihi. Dokumen ini memiliki 74 halaman dengan 74 hieroglyps yang berbeza. Jika direntangkan, panjangnya mencapai 3.56 meter. Para pakar percaya kalau dokumen ini adalah dokumen tertua yang pernah ditulis di benua Amerika.




Dresden Codex

Dresden Codex ditulis di atas kertas yang diperbuat dari batang pokok ara dan ditulis oleh lapan penulis yang memiliki gaya tulisan yang berbeza-beza. Masing-masing dari mereka juga membahas subjek yang berbeza pula.



Ada bahasan mengenai astronomi yang memuatkan jadual Venus dan Bulan dengan ketepatan yang luar biasa. Jadual bulan itu memiliki interval yang bersangkutan dengan gerhana. Sedangkan jadual Venus bersangkutan dengan pergerakan planet itu di angkasa.



Di dalamnya juga ada almanak, jadual astrologi, maklumat mengenai musim-musim, banjir, penyakit, pengubatan, rujukan keagamaan dan pesanan mengenai waktu bercucuk tanam.



Selain itu, Codex ini jugalah yang dianggap ramai telah meramalkan kehancuran bumi pada tahun 2012 kerana pada bahagian akhirnya diceritakan mengenai bumi yang tenggelam oleh air yang keluar dari mulut naga.



Pertama kali Codex ini dikenali masyarakat dunia adalah pada tahun 1739 ketika Johann Christian Gotze, Pengarah Royal Library di Dresden, membelinya dari pengumpul peribadi di Wina, Austria. Bagaimana mulanya Codex itu berada di Wina tidak diketahui dengan pasti. Namun ada spekulasi yang menyebutkan Codex itu mungkin telah dihadiahkan oleh Hernando Cortes kepada Charles I, Raja Spanyol pada waktu itu.



Seperti yang kita ketahui, Hernando Cortes adalah penakluk Sepanyol yang berjaya menguasai sebahagian besar wilayah Mexico pada awal abad ke-16, termasuk kerajaan Aztec yang dilumpuhkannya pada tahun 1521.



Setelah diperoleh oleh Gotze, pada tahun 1744, Codex itu diberikan kepada Royal Library di Dresden yang kemudian mempamerkannya untuk pertama kali pada tahun 1848.



Pada perang dunia II, Codex itu mengalami kerosakan serius akibat pengeboman. Dua belas halamannya rosak dan bahagian-bahagian lainnya hancur. Namun, usaha perbaikan yang terus menerus berjaya memulihkannya sehingga boleh dipelajari hingga kini.




Dresden Codex

 


Siapa sangka, dokumen yang mulanya hanya dianggap bernilai sejarah ini ternyata mengandungi petunjuk mengenai harta karun yang sangat berharga.
“Codex Dresden memiliki petunjuk yang mengarah kepada lapan tan emas tulen,” kata Joachim Rittsteig.
Dengan ditaja oleh akhbar Bild dari Jerman, beliau telah menyiapkan ekspedisi menuju Tasik Izabal, tempat yang dipercayainya menyimpan harta karun tersebut.
Menurut Rittsteig, halaman 52 pada Codex tersebut menyebutkan tentang sebuah kota suku Maya yang bernama Atlan yang hancur oleh gempa bumi pada 30 Oktober tahun 666 sebelum Masihi. Di kota ini, mereka menyimpan 2,156 batang emas yang di permukaannya terukir hukum-hukum suku Maya.
Ketika kota itu hancur oleh gempa, emas-emas itu turut tenggelam ke dalam Tasik Izabal yang berada di timur Guetamala.
Rittsteig mendakwa telah berjaya menemui runtuhan kota Atlan dengan radar yang diambil di daerah tersebut.



Beliau menganggarkan seluruh batang emas itu bernilai sekitar 290 juta dolar Amerika. Ini jumlah yang sangat besar, bahkan untuk nilai masa kini. Jika harta ini ditemui, dipastikan nilai sejarahnya akan jauh lebih berharga berbanding nilai bahannya.



Selain masalah harta, ada satu perkara lagi yang menarik dari perkataan Rittsteig. Kalian mungkin memperhatikan nama kota suku Maya yang hancur oleh gempa bumi tersebut adalah Atlan.



Teringat dengan sesuatu?
Ya, Atlantis yang juga hancur oleh gempa bumi sekitar tahun 10,000 sebelum Masihi. Tentu sahaja yang membezakan kedua kota itu adalah masa kehancuran yang sangat jauh, hampir 9,000 tahun.



Jika kita tidak mampu menemui Atlantis yang misteri itu, mungkin kita masih dapat menemui kota Atlan yang penuh dengan bebatang emas. Dan itu pun akan menjadi sesuatu yang sangat menarik.



Jadi, kita menunggu khabar darimu Prof. Rittsteig!

0 Response to "EMAS 8 TAN TERSEMBUNYI DI TASIK IZABAL"

Post a Comment