Cerita Sebenar Di Sebalik Berita Tembak Menembak Membabitkan Fasha Sandha dan Dazrin Kamarudin
Babak tembak-menembak hanyalah lakonan yang membabitkan dua pelakon utama drama bersiri Miranda, namun ia mengundang salah faham orang ramai yang terkejut dengan bunyi tembakan itu.
Pengambaran drama itu terpaksa dihentikan kira-kira satu jam apabila didatangi dua kereta polis yang menerima aduan daripada orang ramai menyangka ia kejadian jenayah sebenar.
Menurut Pengarahnya Along Kamaludin, semuanya salah faham saja, sebenarnya dalam babak itu, Dazrin dan Fasha ditembak seseorang dari dalam kereta.
Kami buat babak itu di kawasan parkir bawah tanah sebenarnya, tapi tak sangka pula ada pengunjung restoran berhampiran terdengar dan menyangka ia kejadian jenayah sebenar.
Along berkata, kru dan pelakon terkejut didatangi polis yang menerima aduan orang awam selepas terdengar bunyi tembakan.
0 Response to "[GEMPAR] Cerita Sebenar Di Sebalik Berita Tembak Menembak Membabitkan Fasha Sandha dan Dazrin Kamarudin"
Post a Comment