Jackie Chamoun Pelumba Ski Islam Lebanon diKecam Kerana bergambar Bogel di Sochi



Pelumba ski Lebanon yang berpengkalan di Switzerland dilaporkan telah memuat naik gambar-gambar 'topless' dirinya di internet sebagai membantah penindasan terhadap wanita yang berlaku di negara asalnya.

Gambar-gambar beliau tersebut telah membangkitkan kemarahan warga Lebanon termasuk Menteri Sukan negara itu.

Jackie Chamoun yang beragama Islam, mendakwa tidak berhasrat memalukan negaranya tetapi gambar-gambar berkenaan dimuatnaik oleh orang-orang tertentu.

Gambar-gambar beliau dirakam tiga tahun lalu di Pergunungan Faraya, Lebanon tetapi hanya disiar dalam bentuk kalendar pada akhir 2013. Gambar-gambar tersebut mula beredar di internet pada minggu lalu. Penggambaran tersebut bukan berlaku di Sochi.

Kecaman terhadap Jackie Chamoun telah mendorong berpuluh-puluh warga profesional Lebanon memuatnaik gambar bogel mereka sendiri bagi menyatakan solidariti terhadap Jackie Chamoun.













 



0 Response to "Jackie Chamoun Pelumba Ski Islam Lebanon diKecam Kerana bergambar Bogel di Sochi"

Post a Comment