Jep Sepahtu Pelik Dakwaan Sharol Shiro

Kalau semalam Kami ada berkongsi rasa kecewa Sharol Shiro kerana “perang dingin” antara dirinya dengan Jep Sepahtu, hari ini Jep Sepahtu pula melahirkan rasa pelik atas dakwaan tersebut. Menurut Jep, konflik itu tidak berlaku sama sekali dan menganggap ia adalah dakwaan yang tidak berasas.

jepp sepahtu

Pelik juga bila sorang dakwa ada gaduh, sorang cakap tak ada apa-apa. Mana satu yang betul nie? Kata Jepp menerusi Harian Metro:-


Secara juju, saya tak tahu dan pelik nak jawab apabila ditanya persoalan yang tak ada jawapan. Saya melihat perkara ini sebagai tuduhan umum dan bukan ditujukan kepada saya secara khusus.

Sepatutnya kena tanya pada lain-lain (pelawak) juga atas apa yang dia katakan sebab dia menjauhkan diri daripada kami semua.

Dia kata ada datang meminta maaf kepada saya sedangkan benda itu tidak berlaku langsung. Lagipun dia bukan buat salah apa-apa jadi nak maafkan buat apa?

Saya ini jenis yang tidak bermusuh dengan orang dan tidak suka cetus permusuhan seperti yang dia dakwa. Saya pun pelik dengan apa yang berlaku sebab memang tak ada apa-apa masalah antara kami.

Kita akan rapat dengan orang yang kita selesa untuk rapat. Kalau tak rapat, tak semestinya kita bergaduh bukan?

Saya rasa perkara ini timbul disebabkan persepsi peribdi dia saja sedangkan tak ada aa berlaku pun.

jepp

Ada logiknya juga penerangan Jep Sepahtu itu. Bukan semua orang kita boleh rapat, dan kalau tak rapat, tak bermakna kita bergaduh. Diharapkan dengan penjelasan ini, Jep Sepahtu dan Sharol Shiro meneruskan perjuangan masing-masing dalam bidang lawak tanpa gangguan. Anda berdua berbakat besar, rugi kalau kontroversi ini menjatuhkan reputasi anda. Tak gitu?

Sumber: beautifulnara

0 Response to "Jep Sepahtu Pelik Dakwaan Sharol Shiro"

Post a Comment