Industri berasaskan teknologi dan sains adalah sektor pekerjaan yang
menawarkan gaji paling tinggi di negara ini, menurut kaji selidik terbaru portal
pengambilan pekerja dalam talian, Jobstreet.com.
Kaji selidik mengenai 10 Pekerjaan Menawarkan Gaji Tertinggi di Malaysia itu
adalah berdasarkan gaji yang disenaraikan oleh majikan di laman web
Jobstreet.com bagi tempoh 1 Januari hingga 31 Ogos 2013.
Jobstreet.com berkata, kaji selidik itu mendapati pekerja yang berkhidmat
dalam jawatan eksekutif yang mengkhusus dalam bidang perubatan, kejuruteraan,
kewangan dan teknologi maklumat (IT) secara amnya memperoleh gaji lebih tinggi,
dengan gaji purata RM2,800 sebulan.
Graduan baru
Bagi pekerja peringkat pengurusan dan ke atas dan mengkhusus dalam bidang IT,
sains dan kejuruteraan, mereka dibayar gaji yang lebih tinggi.
Graduan Ijazah Sarjana Muda yang baru menamatkan pengajian secara purata
boleh menjangkakan gaji RM2,100 sebulan yang mana gaji yang ditawarkan untuk
golongan itu membabitkan semua industri adalah antara RM1,600 hingga
RM3,000.
Menurut Jobstreet.com, sektor farmasi menawarkan gaji tertinggi untuk graduan
Ijazah Sarjana Muda yang baru menamatkan pengajian dengan pendapatan RM3,600
sebulan sebagai gaji permulaan, manakala eksekutif diberi tanggungjawab merangka
strategi korporat menduduki tempat kedua dengan gaji asas RM3,200.
Bagaimanapun, katanya, jumlah itu hanya membabitkan gaji pokok dan tidak
termasuk faedah lain seperti jumlah kelayakan cuti, faedah perubatan, insurans
dan insentif lain.
Portal itu berkata, walaupun doktor muda boleh mencapai gaji sebanyak
RM2,700, gaji mereka boleh meningkat dengan pantas kepada kirakira RM3,900
sebulan dengan hanya tiga hingga empat tahun pengalaman.
sumber: Berita Harian
0 Response to "[LIST] 10 Pekerjaan Dengan Gaji Tertinggi Di Malaysia"
Post a Comment