Maut Dihempap Batang Besi


KUALA LUMPUR - Hajat seorang lelaki berasal dari Sabah untuk bekerja ibu negara tidak kesampaian apabila dia maut selepas kenderaan pacuan empat roda dipandu sepupunya dihempap lori membawa muatan rod besi.



info, terkini, berita, kemalangan, nahas jalan raya, ngeri, Maut dihempap rod besi



Dalam kejadian 8.30 malam tadi, mangsa berusia dalam lingkungan 30-an bersama sepupunya, 48, yang memandu Mitsubihi Triton dalam perjalanan pulang ke rumah di Puchong.


Menurut sumber, ketika tiba berhampiran bulatan lumba kuda di susur keluar Seremban, tiba-tiba lori sarat dengan muatan rod besi hilang kawalan sebelum menghempap kereta dinaiki mangsa.

“Bagaimanapun, sepupunya terselamat dan dikeluarkan Bomba dan Penyelamat tidak lama kemudian. Hanya mangsa yang tersepit dan meninggal dunia di tempat kejadian.

Sementara itu, Penolong Pengarah Operasi Bomba Kuala Lumpur Azizan Ismail berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu daripada pusat gerakan operasi Bomba dan Penyelamat Selangor pada 10.56 malam.

Menurutnya, seorang mangsa sudah berjaya dibawa keluar dan dihantar ke hospital manakala seorang lagi masih tersepit dan anggota bomba kemudian berusaha mengeluarkan mangsa.



Sumber : HarianMetro

0 Response to "Maut Dihempap Batang Besi"

Post a Comment