Nak Mohon Kerja Dalam Emel Tulis “Huhu”



Nak Mohon Kerja Dalam Emel Tulis “Huhu”



Nak Mohon Kerja Dalam Emel Tulis “Huhu” - Kelemahan paling ketara ketika ini dalam kalangan golongan muda yang ingin mencari pekerjaan ialah bagaimana memohon kerja di sesuatu tempat atau daripada seseorang kerana kebanyakan daripada mereka dilihat kurang arif tentang selok belok memohon pekerjaan pada peringkat awal.



Pada peringkat awal bermakna pada peringkat ingin menghantar butiran diri dan menulis surat memaklumkan keinginan mencari pekerjaan kepada pihak bertanggungjawab iaitu syarikat yang menawarkan jawatan kosong.



Personaliti televisyen dari TV3, Ahmad Fedtri Yahya hari ini dilihat meluahkan kekecewaannya apabila menerima emel dari seorang mahasiswa yang berkemungkinan ingin memohon jawatan tetapi permohonan itu dihantar melaluinya.



Petikan imej emel berkenaan dikongsikan Fedtri di laman Instagramnya, fedtriyahya dan penulis faham akan kekecewaan yang dirasai oleh beliau.



Melalui petikan itu, tajuk emel berkenaan ialah ‘cover letter’ atau pun surat sokongan dengan tiada kata-kata pengenalan diri atau pun memaklumkan tujuan emel berkenaan dihantar.



“Pelajar universiti entah siapa-siapa, memohon secara rasmi begini? Tiada pengenalan diri, tiada salam. Siswa kategori apa ni?,” kata Fedtri melalui laman Instagramnya.



Individu atau pelajar yang membuat permohonan hanya menaip empat huruf dalam ruangan kata-kata dalam emel itu, iaitu “huhu” yang jelas tidak beradab dan tidak bersopan.



Sebenarnya, jika ingin memohon pekerjaan ia hendaklah dilakukan secara rasmi dengan tulisan memaklumkan tujuan emel dihantar dengan lengkap dan ayat yang digunakan pun profesional.



Bukan ibarat chatting dengan teman lelaki atau kawan rapat seperti ini. - sumber

0 Response to "Nak Mohon Kerja Dalam Emel Tulis “Huhu”"

Post a Comment