Pas Terengganu akan dedah penyelewengan terbesar



Pas Terengganu akan dedah penyelewengan terbesar



KUALA LUMPUR – Pas Terengganu bakal mendedahkan empat penyelewengan terbesar di Terengganu dalam pertemuan bersama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM), Jumaat ini.



Adun Batu Burok, Dr Syed Azman Syed Ahmad berkata, pihaknya telah menerima surat balasan yang menyatakan persetujuan daripada SPRM yang bertarikh 10 Februari lalu.



“Saya telah menerima surat daripada SPRM yang bersetuju dengan cadangan untuk mengadakan temu janji dengan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Abu Kassim Mohamed.



“...untuk bincang soal rasuah di Terengganu, Jumaat ini pada jam 3 petang,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Pas, hari ini.



Menurut beliau, empat isu penyelewengan di Terengganu yang bakal disentuh adalah pembalakan, perlombongan, Tasik Kenyir dan pembinaan Pasar Payang.



“Terengganu negeri yang cukup kaya tapi banyak penyelewengan. Kita dapat lihat kemiskinan dialami rakyat.



“Bajet Terengganu tertinggi di Semenanjung iaitu RM 2.3 bilion tapi rakyat hidup daif,” katanya.



Syed Azman yang juga AJK Pas Pusat bakal ke Ibu Pejabat SPRM bersama beberapa ahli politik Terengganu yang lain. - sumber

0 Response to "Pas Terengganu akan dedah penyelewengan terbesar"

Post a Comment