Pekerja Kanak-Kanak Maut Di Kelab Golf

Akhbar Harian Metro melaporkan, Sabtu lalu, kanak-kanak berusia 12 tahun, Alminda Jalimin, meninggal dunia kira-kira 16 jam selepas dipercayai terkena bola golf dipukul pada jarak dekat oleh pemain.

Kanak-kanak di bawah umur itu bekerja sebagai kedi sambilan di Kelab Golf Keningau, Sabah.



 

Alminda, warga asing, tidak mempunyai dokumen pengenalan diri dan dilaporkan mula bekerja di kelab golf terbabit sejak 2 tahun lalu.

Kematiannya satu takdir, tatkala diundang oleh ajal.

Berdasarkan laporan akhbar, Isu Terkini terfikir, bagaimanakah Jabatan Sumber Manusia kelab golf itu tergamak menggajikan buruh di bawah umur? Tambahan pula dia tidak memiliki dokumen diri?

Lebih ajaib lagi, dia bekerja di kelab terbabit sejak berusia 10 tahun.

Malang.


Dalam kes ini, Alminda pastinya tidak dilindungi skim insuran. Justeru kanak-kanak itu mati katak. Biarpun polis mengklasifikasikan kes ini sebagai kematian mengejut, Jabatan Imigresen Sabah harus segera menyiasat kes ini, begitu juga Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Biarpun dia warga asing, hak mangsa sebagai kanak-kanak harus diambil kira.

0 Response to "Pekerja Kanak-Kanak Maut Di Kelab Golf"

Post a Comment