Sicilik tahan sakit hampir setengah jam



Sicilik tahan sakit hampir setengah jam



Sicilik tahan sakit hampir setengah jam - Kuala Terengganu: Seorang murid tahun satu terpaksa menahan kesakitan hampir setengah jam selepas kaki kirinya tersepit di celah besi penutup longkang di Jalan Sultan Omar, di sini, semalam.



Ibu mangsa, Noor Azlin Ibrahim, 39, berkata, dalam kejadian jam 4.30 petang itu dia memandu kenderaan pelbagai guna PROTON Exora bersama dua anak, Nurhanisma



Mahirah Mohd Jusrizal, 7, dan Mohd Hanis Auni, 5, untuk mengambil anak sulungnya Noor Khairina, 12, di Sekolah Kebangsaan Sultan Sulaiman 2, di Jalan Sultan Omar, di sini.



Menurutnya, sebaik menjemput Noor Khairina dia menuju kedai berhampiran membeli roti untuk minum petang bersama anak di rumahnya di Jalan Tekukur, di sini.



Katanya, sebaik sampai di kedai berkenaan dia tidak sedar kereta diletakkan berhampiran penutup longkang.



“Nurhanisma ketika itu berada di sebelah pemandu dan ketika keluar dari kereta kakinya terjerlus di celah besi penutup longkang – Hmetro Online

0 Response to "Sicilik tahan sakit hampir setengah jam"

Post a Comment