SKIM MyHOME: PINJAMAN BELI RUMAH PERTAMA RM30K DARI KERAJAAN KEPADA ISI RUMAH PENDAPATAN RM3000


 

Skim Myhome Pinjaman Beli Rumah : Sekarang ini, kepada kalangan anda yang merancang beli rumah pertama kerajaan ada menyediakan skim pinjaman untuk anda bagi memudahkan anda beli rumah yang mana dipanggil….Skim MyHome.
Butiran Skim MyHome Pinjaman Beli Rumah Pertama?



  1. Kerajaan menawarkan bantuan kewangan sehingga maksimum RM30,000 kepada isi rumah berpendapatan RM3,000 sebulan & RM6,000 untuk beli rumah pertama

  2. Skim MyHome terbuka kepada pembeli rumah pertama dengan pendapatan bulanan isi rumah maksimum RM3,000 bagi kos rendah dan maksimum RM6,000 bagi kos sederhana

  3. Skim MyHome akan membantu anda yang layak membeli rumah pada harga rumah kos rendah dan perbezaan baki harga akan dibayar kerajaan kepada pemaju berkenaan.

  4. Contohnya, kalau kerajaan negeri menetapkan rumah kos rendah pada harga RM40,000, sedangkan pemaju terpaksa menjual rumah pada harga RM70,000, maka kalau pemaju dan pembeli berkenaan layak untuk mengambil bahagian dalam skim Myhome ini, maka rumah RM70,000 akan dijual pada harga RM40,000, dan baki RM30,000 dibayar kerajaan

  5. Skim Myhome bernilai RM300 juta

Ya….Berita Semasa akui ia sesuatu usaha kerajaan bagi meringankan rakyat Malaysia beli rumah pertama sekaligus memiliki kediaman dan rumah sendiri pada masa akan datang. Cuma, Berita Semasa khuatir langkah ini akan menyebabkan pemaju mengambil kesempatan meletakkan harga rumah pada harga tinggi disebabkan pinjaman mudah yang ditawarkan kerajaan. Mungkin?

Pada pandangan Berita Semasa pula, langkah sebegini nampak idea yang baik. Tetapi RM30,000 bagi SKim Myhome itu tetap pinjaman beli rumah, bukannya subsidi daripada kerajaan. Sebenarnya..kawalan harga rumah daripada pihak kerajaan adalah lebih baik dari memberi bantuan pinjaman ini semata.

Apa respon balas anda pula dengan skim Myhome ini? - sumber

0 Response to "SKIM MyHOME: PINJAMAN BELI RUMAH PERTAMA RM30K DARI KERAJAAN KEPADA ISI RUMAH PENDAPATAN RM3000"

Post a Comment