Tahniah Misha Omar Dan Firos Nikah Mei Ini




Setelah beberapa kali ditangguhkan atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan, akhirnya Misha Omar dan tunangnya, Firos Ezzwan Rossly bakal bergelar suami isteri pada bulan Mei ini. Majlis pernikahan ini akan diadakan secara sederhana di Kota Bharu. Jutaan tahniah Abang Nara ucapkan kepada Misha dan Firos atas berita gembira ini. Semoga kali ini tiada lagi penangguhan berlaku.


Misha dan Firos juga telah bersetuju untuk menghantar 5 dulang hantaran tanpa sebarang barangan berjenama dan wang tunai. Satu langkah yang amat terpuji. Tak perlu habiskan beratus ribu untuk perkahwinan. Apa yang lebih penting ialah kehidupan selepas berkahwin. Kata Misha kepada Mstar Online :

Adat masyarakat Kelantan tiada wang hantaran tetapi hanya mas kahwin. Bagaimanapun saya telah meletakkan syarat bahawa tidak mahu wang tunai. Begitu juga sebarang barangan berjenama sebagai hantaran, bagi saya itu tidak penting, sebaliknya saya mahu barang yang boleh dikenang dan menjadi simbolik kepada perkahwinan kami

Untuk makluman, Firos dan Misha telah pun bertunang pada 21 Februari 2012. Majlis pernikahan mereka telah pun ditangguhkan 2 kali kerana kesibukan masa dan kematian ayah Misha Omar. Semoga perancangan kali ini menjadi kenyataan buat mereka berdua. Pasti banyak peminat tak sabar hendak melihat Misha di atas pelamin. Sama-samalah kita doakan.

p/s : Jom tonton video iklan tahun baru cina yang kontroversi tahun 2014 ini


sumber asal

0 Response to "Tahniah Misha Omar Dan Firos Nikah Mei Ini"

Post a Comment