Takut Isteri Cemburu, Anzalna Merajuk Ditegur Izzue Islam









Takut isteri cemburu, Anzalna merajuk ditegur Izzue Islam - Khabarnya, dua pelakon popular Izzue Islam dan Anzalna Nasir kini bermasam muka dipercayai berpunca daripada sikap Izzue yang ingin menjaga hati isterinya, Awin.

Menurut ohbulan, salah faham itu berlaku apabila Anzalna dikatakan terlalu menjiwai watak dalam satu adegan romantik sehingga menyebabkan Izzue berasa rimas.

Memandangkan Awin bertindak selaku pembantu peribadinya dan sering berada di set penggambaran, Izzue takut isterinya cemburu dan menyebabkan rumahtangga mereka yang baru berusia setahun jagung mempunyai masalah.

Ekoran itu, Izzue telah memarahi Anzalna kerana berlebihan dalam lakonannya sehingga menyebabkan pelakon seksi itu merajuk sampai sekarang.

Pada admin, sememangnya perlu wujud batasan dalam lakonan, namun jika berita yang disampaikan ohbulan ini benar, tindakan yang dilakukan oleh Izzue itu mungkin akan menjejaskan kreativiti orang lain untuk terus berkarya dalam industri.

0 Response to "Takut Isteri Cemburu, Anzalna Merajuk Ditegur Izzue Islam"

Post a Comment