Para peminat Tasha Shilla pastinya mengetahui hari lahirnya yang jatuh pada 25 Januari lepas tidak dapat diraikan dengan sempurna kerana pelakon itu berada di Korea bagi menjalani sebuah penggambaran drama.
Meskipun sudah agak terlewat dan sibuk dengan kerjaya, Tasha masih lagi sempat menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke 27 tahun baru-baru ini.
Menerusi foto-foto yang dikongsikan di laman Instagram, sambutan tersebut dilihat telah diraikan penuh meriah dengan kehadiran rakan-rakan Tasha yang turut berkongsi bulan kelahiran yang sama.
Bagaimanapun di sebalik keseronokan mereka, terdapat juga segelintir pihak yang tdak berpuas hati dengan cara Tasha dan rakan-rakannya berpakaian.
Tidak cukup dengan itu, kemesraan Tasha dengan seorang lelaki pada malam tersebut juga menjadi bahan pertikaian hingga ada yang mempersoalkan hubungan mereka.
Jejaka bernama Hans yang dikatakan kekasih Tasha Shilla |
Gosip percintaannya dengan peninju Muay Thai itu bukanlah perkara baru tetapi Tasha seringkali menyatakan hubungan mereka tidak lebih seperti rakan baik.
Namun semalam, Tasha telah berkongsi kata-kata semangat dari seorang peminat yang membela Tasha daripada terus dikecam berkenaan hubungannya dengan lelaki yang bukan beragama Islam itu.
Tindakan tersebut seakan mengiyakan khabar angin yang mengatakan mereka sedang bercinta. Malah sepanjang sambutan hari lahir itu juga, kedua-duanya dilihat duduk bersebelahan sambil berpegangan tangan.
Apapun buat semua peminat Tasha Shilla, jom lihat foto-foto sambutan hari lahir pelakon kecil molek ini bersama rakan-rakannya termasuk Marsha Milan Londoh dan Sharifah Sakinah.
Lihat lagi foto-foto sambutan harijadi Tasha Shilla di sini.
p/s : Jom tonton video iklan tahun baru cina yang kontroversi tahun 2014 ini
p/s : Jom tonton video iklan tahun baru cina yang kontroversi tahun 2014 ini
0 Response to "Tasha Shilla Dikritik Teruk Disebabkan Foto Sambutan Harijadinya"
Post a Comment