
Air Terjun Niagara terletak di sempadan Canada dan USA.
Walaupun bukan dalam kategori tertinggi atau terlebar, namun ia dianggap
air
terjun tercantik terdapat di mukabumi. Menjadi tarikan pelancong paling
popular, Air Terjun Niagara juga dikenali sebagai “Honeymoon Capital of the
World”.
Dengan ketinggian 979 meter,Air Terjun Angel di
Venezuela merupakan air terjun paling tinggi di
dunia. Memandangkan tiada perhubungan jalanraya, ia hanya dapat dilawati
dengan menggunakan bot atau ekspedisi berjalan-kaki.
Air Terjun Victoria adalah antara paling
cantik di dunia. Airnya yang menderu turun membasahi hutan hijau berserta
kehadiran hidupan liar menimbulkan satu pemandangan yang
mengasyikkan.
Air terjun terbesar di benua Eropah dan tercantik di
Iceland, Gullfoss Falls menjadi bualan dalam cerita dan misteri masyarakat
tempatan. Ia juga punca pembentukan ‘Golden Circle’, tempat di mana terdapat
kumpulan geiser (pancutan air panas) dan kolam air
panas yang menjadi tumpuan pelancong.
Sesuai dengan namanya,Upside Down Falls yang terletak
di Gunung Konahuanu, pulau Oahu, Hawaii sangat unik. Ini kerana apabila menerima
hujan yang mencukupi, air terjunnya hanya sempat turun beberapa meter sahaja.
Angin kencang di kawasan gunung akan meniup air yang turun ke bawah menjadi
titisan kecil berterbangan ke atas
Kerap dipaparkan dalam poskad sebagai tarikan
destinasi pelancongan benua Eropah, keindahan Giessbach Waterfalls di
Switzerland kekal popular hingga ke hari ini. Pemandangan bertambah indah bila
ia dikelilingi oleh tasik berair jernih bak kristal dan gunung ganang yang
diliputi salji.
Lower Falls berada di tepi sungai Yellowstone dalam
kawasan terkenal Grand Canyon, USA. Dengan dikelilingi oleh batu-batu gunung
berapi dan kawasan pergunungan, ia menawarkan pemandangan yang cukup indah.
Aspat River Falls terletak di kawasan iklim
sejuk daerah Kodar, Russia. Pengunjung yang datang ke sini akan terpukau dengan
keindahan rupabentuk air terjunnya. Kerana memiliki permukaan cerun yang curam,
Stalin pernah mendirikan kem tahanan di sekitar kawasan tersebut
sumber: kelanafana.blogspot.com
0 Response to "[8 GAMBAR] Air Terjun Tercantik Di Dunia Yang Anda Belum Tahu"
Post a Comment