Selepas dimasukkan wad ekoran terkena demam denggi, teka teki kepada majlis pernikahan pasangan Syamsul Yusof dan Puteri Sarah akhirnya terjawab apabila ibu kepada Syamsul, Datin Patimah Ismail memberitahu yang anaknya itu tetap akan meneruskan majlis pernikahan.
"Untuk esok, majlis pernikahan akan diteruskan seperti yang dirancang. Kami akan membawa Syamsul menggunakan kerusi roda. Majlis nikah tidak boleh dibatalkan kerana borang nikah dan urusan Tok Kadi telah lama diatur.
"Selepas nikah, Syamsul perlu kembali ke hospital semula. Jadi, untuk majlis resepsi pada sebelah malamnya, terpaksa ditunda. Ini satu keputusan yang berat daripada kedua-dua belah pihak. Tapi, saya puji sikap bakal besan saya yang cukup memahami.
"Ikutkan, Syamsul tidak mahu majlis ditunda kerana segala persiapan telah dilakukan, tapi memandangkan kondisi kesihatannya tidak mengizinkan, majlis terpaksa juga ditunda," ujar Datin Patimah ketika dihubungi oleh Media Hiburan Online sebentar tadi.
Ibu Syamsul juga memberitahu, keputusan menunda majlis persandingan sebelah pihak perempuan dibuat dua hari lalu selepas pertemuan enam mata antara kedua-dua pihak.
Ditanya tentang bila majlis resepsi tersebut akan dilangsungkan, katanya;
"Kita kena tunggu selepas dua minggu lagi. Jika keadaan Syamsul betul-betul sembuh barulah kita akan cari tarikh baru." SUMBER
0 Response to "AKIBAT DENGGI, MAJLIS RESEPSI SYAMSUL YUSOFF & PUTERI SARAH DITUNDA"
Post a Comment