Anak Kepada Ketua Pramugara MH370 Tangguh Ambil Keputusan Peperiksaan SPM
Ahli keluarga kepada ketua pramugara penerbangan MH370, Andrew Nari pada Rabu mengesahkan bahawa anak perempuannya, Maira Elizabeth Nari tidak akan mengambil keputusan SPM yang akan diumumkan pada Khamis.
"Kami telah menghubungi pihak sekolah dan meminta mereka menyimpan dahulu transkrip keputusan kerana kami masih tidak mahu diganggu.
"Kami benar-benar menghargai jika semua orang boleh memberikan kami privasi yang sepatutnya pada masa ini," kata ahli keluarganya kepada The Star.Terdahulu, Maira, menulis di Twitternya: "Keputusan SPM akan keluar esok, dan harap dia (bapanya) akan kembali pada masa itu. Tetapi tidak mengapa. Dia tetap di dalam hati saya."
Cuba untuk positif, Maira juga menulis: "Selamat berjaya calon SPM 2013! Mari kita berdoa dan berharap yang terbaik. Beri kebanggaan kepada ibu bapa kita. Percayalah pada diri sendiri, bertindak dan berfikir positif."-
mstar Online
Related Posts :
Kenapa Akaun twitter Maria, anak ketua pramugara MH370 digantung ?Akaun twitter Maria, anak ketua pramugara MH370 digantung - Akaun twitter anak perempuan kepada ketua pramugara MH370, Maira Elizabeth Nari,… Read More...
Isteri Pramugara MH370 Selamat Lahirkan Bayi LelakiPUTRAJAYA: Intan Maizura Othman, isteri seorang daripada anak kapal MH370, selamat melahirkan anak keduanya di Hospital Putrajaya di sini Is… Read More...
Sayu, anak Ketua Pramugara MH370 sepatutnya mengambil keputusan SPM bersama ayahnyaPasti ramai yang pernah melihat luahan hati anak kepada Ketua Pramugara Andrew Nari di twittter miliknya.Maira Elizabeth Nari yang kini beru… Read More...
#MH370: LUAHAN HATI ISTERI PRAMUGARA PESAWAT, KERAJAAN CUBA MENIPU WARIS MANGSASelepas lebih 40 hari kehilangan pesawat MH370, isteri kepada pramugara Hazrin Mohamed Hasnan atau lebih dikenali dengan nama Rain, Maizura … Read More...
Luahan marah Maira, anak ketua pramugara kepada pengarah filem MH370Selepas 75 hari berlalu sejak kehilangan pesawat MH730 pada 8 Mac lalu, sebuah filem berkisarkan tragedi MH370 telah mula dihasilkan.Dengan … Read More...
0 Response to "Anak Kepada Ketua Pramugara MH370 Tangguh Ambil Keputusan Peperiksaan SPM"
Post a Comment