[ Berita ] Dua pelancong Jerman dibelasah


GEORGETOWN – Kegembiraan dua pelancong dari Jerman ketika berhibur di sebuah pusat hiburan di Lebuh Farquhar di sini bertukar menjadi detik hitam apabila dibelasah sekumpulan lelaki awal pagi tadi.








Dua pelancong Jerman dibelasah, info, berita, georgetown, terkini,
Sekadar Gambar Hiasan



Dalam kejadian kira-kira jam 1.30 pagi, kedua-duanya dikatakan sedang asyik menari sebelum sekumpulan lelaki antara empat hingga enam orang bertindak menolak mereka sehingga jatuh.

 



Menurut sumber,kedua-dua pelancong yang berusia 24 tahun itu bukan sahaja dibelasah malah dibaling dengan botol.

Tidak tahan dengan kesakitan yang dialami, kedua-duanya lari menyelamatkan diri.

“Akibat kejadian itu, seorang daripada mangsa mengalami kecederaan pada kening sebelah kanan dan terpaksa menerima lapan jahitan selain lebam di belakang kepala.

“Seorang lagi luka pada tangan kiri dan kini dirawat dalam wad untuk pemantauan kerana ‘cerebral concussion’ iaitu keadaan tidak sedar kecederaan otak akibat hantukan,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Sementara itu, Pemangku Ketua Polis Daerah Timur Laut, Superintendan Ismail Idris ketika dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan.

Ismail berkata, kedua-dua lelaki terbabit dibawa ke Hospital Pulau Pinang untuk menerima rawatan.

Menurutnya, polis masih menyiasat punca sebenar kejadian dan memburu kumpulan terbabit.

“Keterangan awal yang diambil dari kedua-dua pelancong itu mengatakan mereka tidak mengetahui punca diserang.

“Kes akan disiasat mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh sabit kesalahan boleh dihukum penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali,” katanya. 



Sumber : SinarHarian

Related Posts :

0 Response to "[ Berita ] Dua pelancong Jerman dibelasah"

Post a Comment