[ Berita ] Pasport palsu ‘Gantung tugas pegawai imigresen’


Laporan Sinar ini gesaan Sanjeevan dari Mywatch bercanggah pula dengan pembelaan dilakukan oleh yangg membela pegawai imigresen dan mengecam pula menteri kerana menyalahkan penjawat awam dalam isu ini dan menyebut kenyataan menteri KDN di bawah akan membuka peluang kepada camputangan asing di Harakahdaily - MRM



Berita, info, Pasport palsu ‘Gantung tugas pegawai imigresen’, terkini,





    Tindakan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zaid Hamidi yang secara terbuka menyelar kakitangan Imigresen berhubung kes dua pelancong menggunakan pasport curi bagi menaiki pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 yang dilaporkan hilang.




 



    Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub berkata, para pegawai Imigresen sudah cukup tertekan dengan insiden malang yang berlaku dan tindakan Zahid tidak membantu menyelesaikan masalah.

    Beliau seterusnya menasihati Zahid agar mencontohi sikap Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam (DCA), Datuk Azharuddin Abdul Rahman yang walaupun diasak media antarabangsa namun tetap ‘menjaga mulut’ agar tidak ‘terlepas cakap’ sehingga menjejakan imej negara.

    “Mengapa Zahid amat mudah menyalahkan kakitangan di bawah kementeriannya sedangkan banyak lagi kementerian dan agensi yang terlibat secara langsung tidak bertindak sedemikian?

    “Apakah beliau ingin melepaskan tanggung jawab beliau dan membuat kesimpulan mudah dan meletakkan kesalahan terhadap pegawai tertentu?” ujar Salahuddin.

    Salahuddin juga inginkan kepastian sama ada siasatan pihak KDN dan Imigresen sudah selesai sehingga menyebabkan Zahid melepaskan kemarahan melalui media?

    Paling utama, ujarnya adakah tindakan Zahid ini menepati Prosedur Operasi Standard (SOP) KDN sehingga tidak langsung mengambil kira aspek keselamatan dan maruah negara.

    Kenyataan Zahid (gambar), tambah Salahuddin hanya membuka ruang kepada campurtangan langsung pihak asing seperti FBI dan CIA. Klik baca lanjut di Harakahdaily BM

Gesaan gantung tugas pegawai imigresen oleh Mywacth: Klik sini baca laporan DCA bahawa si pencuri pasport paslu yg menaiki pesawat MAS MH370 memiliki wajah spt pemain bole terkenal Balotelli – MRM

SERI KEMBANGAN – Pengerusi Pasukan Bertindak Pemantau Jenayah Malaysia (MyWatch), R. Sri Sanjeevan mendesak Kementerian Dalam Negeri (KDN) menggantung tugas anggota dan pegawai dari Jabatan Imigresen yang didakwa cuai hinggan menyebabkan dua pelancong asing menggunakan pasport curi menaiki pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 yang dilaporkan hilang awal Sabtu lalu.

Katanya, siasatan dalaman tidak mencukupi jika membiarkan anggota dan pegawai terbabit terus menjalankan tugas seperti biasa kerana dikhuatiri akan mengganggu siasatan sekali gus tidak mencerminkan kesungguhan kerajaan menangani ancaman keselamatan negara.

    “Saya menyokong tindakan Menteri Dalam Negeri (Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi) yang akan menyiasat terperinci kes itu tetapi lebih wajar jika pegawai berkenaan ditukarkan atau memberikan itu cuti atau menggantung tugas mereka sehingga siasatan penuh dijalankan. Tindakan itu akan nampak lebih profesional.

    “Insiden itu tidak sepatutnya berlaku kerana perkara itu cukup memalukan negara kerana dua individu tersebut dapat memboloskan diri melalui checkpoint pihak keselamatan kita dan ini melibatkan 239 nyawa,” katanya kepada Sinar Harian Online, di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas lanjut kenyataan Ahmad Zahid semalam yang memberi jaminan satu siasatan dalaman akan dijalankan terhadap Jabatan Imigresen berikutan laporan wujudnya dua pasport palsu dalam penerbangan misteri itu.

Ahmad Zahid menegaskan siasatan secara terperinci itu akan memberi tumpuan khusus kepada Jabatan Imigresen cawangan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Jelasnya siasatan itu dijalankan oleh satu pasukan khas yang diketuai Ketua Pengarah Jabatan Imigresen, Datuk Aloyah Mamat.

Susulan kejadian itu, Sanjeevan turut melahirkan kebimbangannya apabila insiden itu turut menggambarkan tahap keselamatan pintu keluar dan masuk negara kini berada dalam keadaan kritikal serta terancam.

    “Saya rasa tahap keselamatan bukan sahaja di KLIA tetapi di semua pintu masuk dan keluar seluruh negara berada pada tahap yang cukup membimbangkan.

    “Kes tersebut bukannya kali pertama berlaku seseorang itu memboloskan diri, tetapi kita mempunyai kes-kes lain di mana senjata api, dadah dan mercun dibawa masuk melalui pintu masuk negara kita tanpa dapat dikesan,” dakwanya lagi.

Sumber
Sinar Harian


1 Response to "[ Berita ] Pasport palsu ‘Gantung tugas pegawai imigresen’"

  1. Tu bezanya antara org berilmu dan org yang kurang ilmu..kan?

    ReplyDelete