Pastinya semua sudah sedia maklum mengenai program fitness yang dianjurkan oleh Sharifah Sakinah. Kalau anda mengikuti akaun Instagram Sakinah, pastinya anda akan melihat beberapa gambar yang menunjukkan perut pelakon ini ketika melakukan senaman.
Walaupun pada awalnya menimbulkan kontroversi semasa penubuhannya, namun program tersebut dilihat mendapat sambutan yang memberangsangkan daripada para peminatnya dan juga beberapa selebriti seperti Fara Fauzana, Nad Zainal dan Tasha Shila.
Memetik sumber Malaysia Digest, Sakinah memberitahu bahawa kini sudah ramai mula mengikut jejaknya untuk muatnaik foto ‘tayang perut’ di laman Instagram. Sakinah juga menjelaskan beberapa perkara berhubung isu yang mengatakan dia sengaja mendedahkan perutnya. Kata Sakinah:-
“Saya bukannya sengaja hendak tayang perut di laman sosial. Saya tiada niat lain semata-mata ingin menaikkan semangat dan inspirasi kepada peserta lain yang turut mengikuti program tersebut. Kalau dulu saya tayang perut di Instagram. Sekarang ni ramai pula yang ikut, tayang perut mereka di Instagram masing-masing.”
Tak pasal-pasal orang lain pun turut tayang perut. Apa-apapun jom layan beberapa keping lagi gambar Sakinah melakukan senaman!
0 Response to "Bila Sharifah Sakinah Bersukan"
Post a Comment