Satu forum agama di Berlin, Jerman bertukar kecoh apabila tiga wanita penunjuk perasaan separuh bogel dari kumpulan FEMEN terpaksa diheret keluar daripada lokasi forum tersebut, baru-baru ini.
Program yang diadakan sempena Majlis Minggu Islam Berlin itu terpaksa dihentikan serta merta selepas kumpulan pelampau itu menyerbu ke dewan dengan slogan menghina Islam pada tubuh badan mereka.
Pertubuhan FEMEN diasaskan di Ukraine ini memang terkenal dengan berbogel untuk mempromosikan mesej perjuangan hak wanita serta untuk membantah mana-mana pihak yang tidak sehaluan dengan prinsip yang dipegang mereka.
September lalu, anggota FEMEN turut mencetuskan kontroversi apabila menyerbu Minggu Fesyen Paris ketika pertunjukkan fesyen rekaan pereka fesyen Nina Ricci.
0 Response to "Forum Islam Dicemari Wanita Tayang Buah Dada!"
Post a Comment