[GEMPAR] Sepasang Kekasih Ditemui Mati Dalam Kereta


Dua individu disyaki sepasang kekasih, ditemui mati dalam sebuah kereta di taman rekreasi Taman Metropolitan dekat Batu di sini, petang semalam.



info, terkini, semasa, berita, pasangan kekasih mati dalam kereta,



Kejadian disedari seorang pengunjung yang baru selesai berjoging di taman terbabit jam 5 petang, sebelum memaklumkan penemuan itu kepada pengawal keselamatan di situ.

 




Pengawal keselamatan terbabit, Fariz Izham Kamaruddin, 21, bergegas mendapatkan kereta itu yang terletak berhampiran tasik, 50 meter dari pintu masuk taman rekreasi berkenaan.

“Ketika itu, saya nampak kedua-duanya sudah tidak sedarkan diri seperti sedang tidur. Saya cuba buka pintu kereta tetapi berkunci dari dalam. Saya ketuk cermin dan goyangkan kereta, namun mereka tidak sedar ataupun bergerak,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan, berkata mangsa dipercayai membunuh diri dengan menyalurkan asap enjin melalui hos yang dipasang ke dalam kereta.-BH

0 Response to "[GEMPAR] Sepasang Kekasih Ditemui Mati Dalam Kereta"

Post a Comment