[ HIBURAN ] PENJELASAN HANEZ SURAYA DAN AURA WHITE ISU KONTRAK


Selepas kecoh dengan isu rampas suami orang, pelakon Hanez Suraya dilanda dengan masalah baru pula. Menerusi laporan media yang disebarkan sebelum ini, kontrak Hanez selaku duta produk kecantikan, Aura White telah ditarik balik. Pihak pengurusan produk kecantikan tersebut dikhabarkan menarik semula kontrak Hanez ekoran wujud pihak tertentu didakwa cuba menghasut pengguna memboikot produk itu.



PENJELASAN HANEZ SURAYA DAN AURA WHITE ISU KONTRAK, hiburan, pelakon, kontroversi hanez suraya,



Sementara itu, laporan sebuah portal hiburan mengatakan, kontrak Hanez sebagai duta rasmi produk itu ditarik semula selepas kisah cintanya dengan suami orang teruk dikecam masyarakat dan menyebabkan Hanez dihujani pelbagai komen negatif dan hinaan di laman sosial seperti Instagram dan Twitter. Ia dibimbangi menjejaskan imej produk kecantikan berkenaan. Namun sehingga kini belum ada kenyataan rasmi dari kedua-dua pihak.




 


Apabila media bertanya kepada Hanez, beliau enggan mengulas panjang isu berkenaan. Cubaan pihak akhbar berkenaan untuk mendapatkan maklumat lanjut menemui jalan buntu selepas Hanez menolak untuk memberikan sebarang ulasan berkenaan isu terbabit.

“Maaf semua no komen buat masa sekarang,” katanya menerusi aplikasi WhatsApp yang disiarkan dalam sebuah akhbar.

Dalam pada itu, akhbar berkenaan juga telah menghubungi pihak pengurusan Aura White untuk mengetahui dengan lebih lanjut namun tiada sebarang pengesahan yang diberikan oleh pihak terbabit.

“Pihak kami tidak mengeluarkan apa-apa kenyataan berhubung soal penarikan kontrak Hanez Suraya sebagai duta produk kami. Kami juga tidak mahu beri sebarang kenyataan buat masa sekarang,” kata salah seorang wakil pengurusan Aura White.



Sumber : ammboi.com

0 Response to "[ HIBURAN ] PENJELASAN HANEZ SURAYA DAN AURA WHITE ISU KONTRAK"

Post a Comment