Pelakon terkenal yang sudah berhijab, Rebecca Nur Al-Islam terlibat dalam satu kemalangan kecil apabila kereta BMW miliknya melanggar pembahagi jalan raya.
Sekeping gambar kereta BMW miliknya yang tercalar di bahagian bumper kanan telah dikongsikan beliau menerusi akaun Instagram dan membuat ramai peminatnya terkejut. Gambar itu disertakan dengan caption berbunyi berikut :-
"Ini dia, bila demam degil jugak nak drive sendiri, oh my baby, sorry."
Menurut pelakon drama Jangan Tegur itu, kemalangan terbabit berpunca daripada pening kepala yang dialaminya ketika memandu. Bagaimanapun, Rebecca difahamkan tidak mengalami kecederaan dan baik-baik sahaja.
Rata-rata peminat yang mengetahui kejadian menimpa Rebecca menasihatinya agar berehat di rumah dan tidak memandu kerana keadaannya yang kurang sihat. Mereka juga turut bersyukur kerana tiada kejadian yang tidak diingini berlaku.
Sumber : plbgaimacam.blogspot.com

0 Response to "[ Hiburan ] Punca Rebecca Nur Al-Islam kemalangan jalan raya"
Post a Comment