IPOH – Kerajaan sedang mengkaji untuk melaksanakan pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) secara bulanan atau suku tahunan, supaya wang bantuan itu dapat dimanfaat serta dibelanjakan untuk sepanjang tahun bagi membantu mengurangkan peningkatan kos sara hidup rakyat.
Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berkata, sistem baharu yang berkemungkinan besar akan dilaksanakan itu bagaimanapun masih belum diputuskan oleh Kabinet walaupun perbincangan mengenainya telah diadakan sebelum ini , lapor Utusan
“Kita baru tiga tahun melaksanakan BR1M. Kita telah mengadakan makmal dan akan menambah baiknya. Amaun BR1M akan meningkat hasil simpanan daripada rasionalisasi subsidi serta pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) nanti.
“Sama ada pemberian BR1M dibuat secara tahunan, mengikut suku tahunan atau bulanan, itu yang sedang kita kaji,” katanya pada sidang akhbar selepas menghadiri temu bual dalam program ‘Sana Sini Situ Bersama Menteri Kewangan Kedua’ di Perak FM di sini hari ini.
Sumber : newmalaysianpost.com
“Sama ada pemberian BR1M dibuat secara tahunan, mengikut suku tahunan atau bulanan, itu yang sedang kita kaji,” katanya pada sidang akhbar selepas menghadiri temu bual dalam program ‘Sana Sini Situ Bersama Menteri Kewangan Kedua’ di Perak FM di sini hari ini.
Sumber : newmalaysianpost.com
![[ Info ] Kerajaan kaji pemberian BR1M secara bulanan, suku tahun Kerajaan kaji pemberian BR1M secara bulanan, suku tahun, berita baik, BR1M akan diberi secara bulanan, terkini, info](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEh_1ZLUhKWU2uOBqCmD_CpzETkDqrY0sBkpawWMRyV7Mp-AcyQnEIlqea8Xon6L4gi8JMiCJgSnkNuj00JtFqLKOGRZ971MD7Z4olWmETz0ggpaQa1_m6bjbsvatXoCT6N8_mVr03U-HEA/s1600/images35.jpg)
0 Response to "[ Info ] Kerajaan kaji pemberian BR1M secara bulanan, suku tahun"
Post a Comment