Lapan Pelajar MRSM Balik Pulau Digantung Terlibat Kes Pukul

Lapan Pelajar MRSM Balik Pulau Digantung Terlibat Kes Pukul


Lapan pelajar lelaki Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Balik Pulau, Pulau Pinang digantung persekolahan serta merta melibatkan kes pukul seorang pelajar tingkatan dua pada 22 Oktober 2014 yang lalu.



"Perkara ini akan disiasat secara rapi dan terperinci dengan mengambil keterangan semua pihak. Sebarang tindakan akan diputuskan melalui mesyuarat Jawatankuasa Disiplin MRSM" 

Sekiranya didapati bersalah pelajar terlibat boleh dikenakan tindakan buang sekolah.


Informasi Kes Pukul Pelajar Tingkatan 2 MRSM Balik Pulau, Pulau Pinang

Media melaporkan insiden ini bermula apabila mangsa dituduh mengambil telefon pintar Samsung Note 3 milik salah seorang daripada lapan pelajar terbabit.

Dalam kejadian antara 11.45 malam dan 1 pagi itu, mangsa turut dicederakan menggunakan seterika panas di kedua-dua bahu selain tubuhnya dipijak kumpulan pelajar tersebut.

Akibat kecederaan itu, ibu bapa pelajar yang berasal dari Klang, Selangor, telah membawanya ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah untuk mendapat rawatan.


Polis menahan lapan pelajar terbabit Isnin lepas di sekolah itu dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Barat Daya dengan diiringi guru mereka bagi membantu siasatan kes berkenaan.





MARA bagaimanapun masih belum mendapat sebarang laporan rasmi daripada doktor Hospital Tengku Ampuan Rahimah di Klang di mana pelajar yang dicederakan itu telah mendapat rawatan bagi mengesahkan dakwaan beliau patah tulang rusuk akibat dipukul.

Sementara itu, beliau berkata, pihaknya turut meluluskan perpindahan mangsa ke MRSM Kuala Kubu Baharu, Selangor bermula Rabu.

"MARA berharap dengan perpindahan ini, dapat mengelak sebarang trauma selain diberikan khidmat kaunseling sekiranya diperlukan," kata Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Majlis Amanah Rakyat (MARA) Azmi Mohamad. Olahan dari mStar online

0 Response to "Lapan Pelajar MRSM Balik Pulau Digantung Terlibat Kes Pukul"

Post a Comment