“Malaysia menerima imej satelit baru dari pihak berkuasa Perancis yang menunjukkan terdapatnya objek di koridor selatan.
Kawasan carian pesawat MH370 meliputi koridor utara dan selatan |
Pesawat MH370 membawa 12 anak kapal dan 227 penumpang hilang daripada radar pada jam 1.20 pagi, 8 Mac lalu.
Awal hari ini, pihak berkuasa Australia menemui palet kargo kayu bersama tali pengikatnya di selatan Lautan Hindi.
AFP melaporkan pihak Keselamatan Maritim Australia (Amsa) mengesahkan objek itu dilihat oleh pesawat awam.
Dengan bantuan negara lain, Amsa mengadakan kajian methodologi terhadap 59,000 kilometer persegi keluasan laut.
Dalam kenyataan sama, Kementerian Pengangkutan berkata Australia akan menerbangkan lapan pesawat ke koridor selatan bagi mengadakan carian secara visual.
"Bagaimanapun, pada 2.30 petang waktu tempatan, Australia memberitahu tiada objek baru yang ditemui," katanya.
Kenyataan itu juga menyebut Australia, China dan Perancis mengeluarkan imej satelit masing-masing yang berkaitan dengan MH370.
Katanya, imej objek yang didapati semuanya ditemukan di koridor selatan.
0 Response to "Malaysia Dedahkan Satelit Perancis Kesan Objek Terapung Di Lautan Hindi"
Post a Comment