HARGA PESAWAT BOEING 777-200 SEKITAR RM1 BILLION SEBUAH | Menurut laman web rasmi Boeing, harga katalog tahun 2013 untuk sebuah pesawat Boeing 777-200 yang digunakan oleh penerbangan MAS MH370 adalah US$ 261.5 juta atau sekitar RM 863juta.
Namun, biasanya syarikat penerbangan boleh mendapatkan diskaun dari harga tersebut.
Namun, biasanya syarikat penerbangan boleh mendapatkan diskaun dari harga tersebut.
Sebenarnya terdapat dua jenis pesawat 777-200. Pertama adalah 777-200ER seharga US$ 261.5 juta (RM 863juta), dan 777-200 LR berharga US$ 296 juta (RM 977 juta).
Sementara menurut data dari ABCNews.com, pesawat berbadan panjang tersebut, selama ini telah melayani banyak penerbangan di dunia.
Syarikat penerbangan suka menggunakan pesawat ini kerana kemampuannya untuk terbang jarak jauh, berkat dua enjin raksasanya. Selain itu, mesin di pesawat ini juga jimat bahan bakar.
“Pesawat ini telah menyediakan standard baru untuk efisiensi bahan bakar dan keselamatan. Boeing 777 telah memiliki rekord keselamatan yang baik dibandingkan pesawat lainnya,” kata konsultan penerbangan dari Teal Group, iaitu Richard Aboulafia.
Selain kecelakaan Boeing 777 milik Asiana Airlines tahun lalu, kecelakaan serius pesawat jenis ini terjadi pada 2008, ketika British Airways mendaratkan pesawat ini hingga ke luar landasan di Lapangan Terbang Antarabangsa Heathrow, London.
Malaysia Airlines tercatat memiliki 15 unit Boeing 777-200ER. Pesawat pertama dikirimkan pada 23 April 1997. Boeing 777 merupakan pesawat dengan berat 143 tan, dan mampu membawa muatan 155 tan. Pesawat ini memiliki kemampuan terbang hingga 7250 batu tanpa henti.
0 Response to "MH370 - Harga Pesawat BOEING MH370"
Post a Comment