MH370::: 'Pesawat terbang rendah dari biasa'


 



MH370


KOTA BHARU - Seorang nelayan di sini mendakwa melihat sebuah pesawat terbang lebih rendah daripada biasa di Laut China Selatan, kira-kira lapan batu nautika dari Kuala Besar, Pantai Cahaya Bulan, awal pagi kelmarin.

Azid Ibrahim, 66, berkata, dia melihat pesawat itu kira-kira jam 1.30 pagi semasa membawa lima kaki pancing di kawasan tersebut.

Menurutnya, pesawat itu terbang rendah menghala keluar dari negara ini menuju ke tengah laut.





“Ketika itu hanya saya dan Pak Da (kawannya) sahaja yang melihat kapal terbang itu. Yang lain tidur. Biasalah kami nampak kapal terbang di kawasan ini kerana ia laluan utama, tapi kali ini ia lebih rendah daripada biasa.

"Saya tidak pasti berapa tinggi kapal terbang itu dari muka laut, cuma nampak lampu besar buah kelapa dan di bawah awan. Itu yang saya hairan,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Azid, yang sudah 10 tahun membawa kaki pancing ke laut berkata, dia hanya mengetahui mengenai kehilangan MH370 selepas mengikuti berita di televisyen, semalam.

Berikutan itu, dia membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Bharu, petang semalam.

“Saya hanya ingin beritahu apa yang saya nampak malam itu. Mana tahu ia boleh bantu (pasukan mencari dan menyelamat).

Sumber

0 Response to "MH370::: 'Pesawat terbang rendah dari biasa'"

Post a Comment