PENJELASAN DATUK SERI HISHAMMUDDIN ISU BRIDGED BERANI MATI CHINA DAKWA RAMPAS MH370


Teori kehilangan pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370 yang dikaitkan dengan perbuatan pengganas mendapat asas baharu semalam apabila sebuah kumpulan tidak dikenali bergelar Briged Berani Mati China (Chinese Martyrs Brigade) tampil mendakwa mereka bertanggungjawab dalam kejadian itu.



PENJELASAN DATUK SERI HISHAMMUDDIN ISU BRIDGED BERANI MATI CHINA, info, terkini, berita, berita terkini pesawat MH370



Spekulasi tersebut tersebar luas apabila sekumpulan wartawan di negara China menerima e-mel dalam bahasa Mandarin daripada kumpulan tersebut yang mendakwa mereka bertanggungjawab atas kehilangan pesawat yang membawa 239 penumpang termasuk 12 anak kapal itu. Bagaimanapun, pihak China dan media berkenaan juga dilaporkan menolak kenyataan itu kerana menganggap ia sebagai palsu untuk membangkitkan ketegangan etnik di negara berkenaan.




 



Dalam pada itu, Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein yang mengulas perkara itu berkata, siasatan setakat ini menunjukkan tiada bukti kukuh bahawa kehilangan pesawat MH370 itu mempunyai kaitan dengan kumpulan tersebut. Bagaimanapun kenyataan kumpulan itu sedang disiasat walaupun ia diragui.



 


Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, berkata China menghantar pasukan khas ke Malaysia bagi membantu negara merungkai misteri kehilangan pesawat, khususnya dalam tiga aspek. Ia merangkumi usaha mencari dan menyelamat, pasport palsu dan memastikan kebajikan keluarga warga China yang dibawa ke Malaysia. Hishammuddin yang juga Menteri Pertahanan berkata, pasukan khas terbabit akan berada di Malaysia untuk tempoh tertentu bagi membantu siasatan kehilangan pesawat MH370.

“Pasukan ini adalah wakil kementerian yang berkepentingan dan mewakili Parti Komunis China. Ini adalah hasil perbincangan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan rakan sejawatnya dari Republik China dua hari lalu. Menyelaraskan operasi mencari dan menyelamat bukan mudah dan ia perlu digerakkan secepat mungkin. Tiada gunanya kita bincang perkara lain jika belum menemui pesawat. Saya menggesa media tidak membuat andaian kerana ia boleh menjejaskan operasi, selain kita tidak mahu tersebarnya berita palsu yang boleh mengguris perasaan ahli keluarga penumpang pesawat,” katanya.

Hishammuddin juga menafikan dakwaan bahawa Kerajaan China kurang berpuasa hati kerana Malaysia lambat bertindak menangani isu kehilangan pesawat. Mengenai dua penumpang misteri MH370, Hishammuddin berkata, kerajaan hanya akan mendedahkan gambar mereka menggunakan pasport curi selepas siasatan selesai.

“Kita mendapat bantuan Polis Antarabangsa (INTERPOL), di mana mereka sudah diberikan akses untuk mendapatkan maklumat seperti biometrik, latar belakang, jantina, tarikh lahir dan cap jari. Justeru, kita minta mereka diberi masa untuk melakukan siasatan terperinci,” katanya.

Sumber: Berita Harian dan Kosmo!


0 Response to "PENJELASAN DATUK SERI HISHAMMUDDIN ISU BRIDGED BERANI MATI CHINA DAKWA RAMPAS MH370"

Post a Comment