Tahniah ! Hanez Suraya Dan Romie Dijangka Berkahwin Ogos Ini




Walaupun teruk dikecam oleh segelintir peminat industri hiburan tempatan gara-gara didakwa menjadi penyebab keruntuhan rumah tangga kekasihnya, pelakon Hanez Suraya tetap tidak mengambil pusing kata-kata kurang enak yang dilemparkan kepadanya.

Kontroversi tersebut turut menyebabkan kontraknya sebagai duta produk kecantikan, Aura White telah ditarik balik, baru-baru ini.

Hanez malah menyifatkan dirinya langsung tidak tertekan dengan perkara tersebut malah sentiasa berfikiran positif.

“Saya macam biasa sahaja, untuk apa rasa tertekan sangat? Lagipun semua orang pastinya ada masalah, terpulang kepada kita bagaimana caranya untuk menyelesaikan kekusutan itu,” ujarnya.

Hanez, 30, turut mengakui kedua-dua ibu bapanya memberi sepenuh restu terhadap hubungannya dan teman lelaki, Romie Razin Adilha.

“Sejak daripada awal lagi mereka sudah pun tahu dan merestui hubungan saya bersama Romie. Memandangkan kami sudah dapat restu daripada keluarga, saya berani meneruskan hubungan ini. Apa sekalipun, bagi saya restu keluarga terlalu penting.

“Biarlah seribu orang mendesak saya putuskan hubungan dengan Romie tetapi selagi keluarga menyokong hubungan kami, saya tidak akan dengar pendapat orang lain. Bukan mereka di luar yang memberi saya makan dan berada di sisi tatkala saya susah,” ulasnya yang dipetik menerusi sebuah akhbar harian.

Dengar-dengarnya juga, Hanez dan Romie bakal melangsungkan pernikahan pada Ogos ini.

Betul ke?




0 Response to "Tahniah ! Hanez Suraya Dan Romie Dijangka Berkahwin Ogos Ini"

Post a Comment