Kuala Lumpur: Seorang lelaki berusia 40-an kini bertarung dengan maut akibat kecederaan parah di leher selepas disembelih adik iparnya hanya kerana gagal menjelaskan hutang tidak sampai RM1,000.
Kejadian berlaku jam 2 pagi semalam di rumah mangsa di Ampang di sini, ketika dia nyenyak tidur di ruang tamu.
Sumber polis berkata, suspek dipercayai membuat kunci pendua rumah berkenaan beberapa hari sebelum kejadian untuk memudahkannya masuk melalui pintu utama.
“Suspek dilaporkan tinggal berasingan dengan mangsa, tetapi dikatakan sering datang ke rumah abang iparnya itu,” katanya. - myMetro

0 Response to "Tergamak Sembelih Abang Ipar Kerana Hutang Tak Sampai RM1000"
Post a Comment